salam semua,
Lama aqu tak tulis di sini, rindu plak rasanya…
Baru-baru ni aqu ada membeli barang secara online di internet…barang lelongan…banyak barang yang dilelong di situ seperti handphone,peralatan komputer, baju,kasut,beg,jam dan macam-macam lagilah…macam biasa ler kalau beli lelong ni… siapa bida atau letak tawaran harga yang paling tinggi selepas tempohnya tamat jadi dialah yang berhak memiliki barangan itu…tapi kena bayar dululah…tak reti-reti…cara membayarnya ada diberitahu di website tersebut…tapi ingat kalu kita lambat bayar dari tempoh yang diberikan akan dikenakan penalty.
Setakat ni baru 2 kali aqu menang bida…iaitu kamera digital dengan handphone…berbaloi jugalah beli barang kat situ…boleh dapat harga separuh dari harga asal…so, bagi sesiapa yang malas ke kedai tu bolehlah beli barang kat situ…tapi kena ada akaun website tu dululah baru boleh bida…Selain itu, kalau kita ada barang-barang yang ingin dijual pun boleh dijual di situ…
Walau bagaimanapun, beli online ni ada baik dan buruknya…tapi kena hati-hatilah pilih website jualan online supaya tidak tertipu…Alhamdulillah website yang aqu layari itu boleh dipercayai. ini kerana,aqu telah selidik dulu baru join benda online ni..hehe…
Ini adalah website yang aqu sebut-sebutkan itu:-
tentu ramai sudah tahu website ini…pada sesiapa yang masih tercari-cari tu tak perlu susah-susah lagi di sini aqu sudah memudahkan kerja u all…setakat yang aqu mampu…untuk makluman u all,banyak lagi website jualan online ni cuma website ini yang aqu rasa agak berbaloi dan murah setakat ini lah…kalau ada yang lain boleh la bagitau aqu ek…
Ok lah setakat inilah dulu aqu tulis…kalau ada sebarang kesilapan di sini minta maap ler ye…so, jumpa lagi dilain cerita plak…da…
wasalam…
Tinggalkan Jawapan