Bertemu kembali….
kali ni aqu nak kongsi pasal satu laman web baru bagi sesiapa yang berminat untuk belajar mengenai cara membuat html,css,javascript dan lain-lain lagi…
sebenarnya aqu bukanlah pandai sangat pasal semua tu…pada mulanya aqu hanya nak cari friendster layout je…dari situ le aqu mula faham sedikit demi sedikit mengenai css…so aqu pun perhati dalam-dalam cara membuat layout untuk friendster aqu…mula-mula tu memang le tak faham langsung tentang css ni…aqu hanya tahu copy paste je dari website orang lain kedalam friendster aqu…satu kerja yang mudahkan…tapi aqu terfikir juga macam mana diorang ni buat layout sendiri…so dari situ la aqu mula belajar mengenai css…kalau nak buat css pun kenalah belajar basic html dulu baru boleh faham sepenuhnya…
maka dengan itu,aqu cuba cari website-website yang memberi tunjuk ajar mengenai html,css dan sebagainya…cari punya cari dapat lah satu website di mana kandungannya terperinci dan disampaikan dalam Bahasa Melayu…mudah untuk kita faham…website tersebut adalah:-
http://www.kripkornstudios.com
sekiranya anda berminat, layarilah laman web ini tetapi anda perlu ingat untuk mendapatkan tutorial di situ anda perlulah daftar menjadi ahli dulu…lagipun,website ni masih baru tak silap aqu la…pendaftaran ahli pula adalah percuma…bukan senang nak dapat website yang disampaikan dalam bahasa melayu sepenuhnya tau…
ok lah….setakat ini saje bagi kali ini….lain-lain maklumat baru akan aqu postkan pada lain-lain waktu k…jumpa lagi…da…
dari Aqu@Infozzart
Tinggalkan Jawapan