Salam semua….
Hari ni aqu nak kongsi pasal ‘friendster layout’…
Baru-baru ni, aqu banyak luangkan masa dengan ubahsuai layout friendster aqu….bukan apa…selama ni aqu selalu tengok layout friendster orang lain saja…macam-macam style….apa lagi,aqu pun rasa cemburu je tengok layout dia orang…jadi aqu pun buat keputusan nak jadikan layout aqu macam dia orang juga….
Aqu bukan lah pandai dalam membuat layout ni tapi setakat ciplak tu boleh la…so di sini aqu nak kongsi la dengan anda semua sekiranya anda teringin sangat nak tukar layout anda…
Sekiranya anda ingin tukar layout friendster, anda bolehlah melayari laman web http://friendsterlayout.vixenart.net atau http://lalaine-friendsterlayouts.blogspot.com….di situ anda boleh pilih layout-layout yang menarik dengan copy paste url layout pada generator yang ada…kemudian copy sekali lagi code url tadi dan paste pada ruangan ‘more about me’ ataupun pada ruangan ‘who u want to meet’. Diingatkan di sini,sekiranya anda menggunakan vixenart,pastikan ada mengaplikasikannya dalam friendster anda…ia lebih mudah untuk anda menukar layout yang diingini…
Ini saja sedikit sebanyak yang dapat aqu kongsikan kepada anda…itu saja…jadi selamat mencuba….
Tinggalkan Jawapan